166 projek bekalan air bersih di Sarawak siap dalam tempoh dua tahun

KUCHING: Sebanyak 166 daripada keseluruhan 322 projek bekalan air bersih di seluruh Sarawak yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri telah berjaya disiapkan.

Menteri Utiliti Sarawak Datuk Stephen Rundi Utom berkata, ia sekali gus merekodkan sebanyak 65 peratus projek berjaya disiapkan dalam tempoh dua tahun

“Terdapat beberapa projek bekalan air bersih dan pemulihan jalan yang dijadualkan siap awal bagaimanapun mengalami kelewatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Namun kita berusaha menguruskanya dan berjaya dilakukan dalam tempoh lebih kurang dua tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas selesai Majlis Perasmian Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Retikulasi Zon 1 Kampung Sibu Laut dan Kampung Sungai Aur hari ini.

Tambahnya, usaha Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang memperuntukkan RM4 bilion bagi menyelesaikan masalah air di Sarawak turut menunjukkan hasil yang positif apabila beberapa masalah air di kawasan persisir pantai berjaya dilaksanakan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak