Tak mengaku tepuk punggung sepupu

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan seorang lelaki diikat jamin RM1,500 dengan penjamin tempatan selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencabul kehormatan sepupu perempuannya.

Tertuduh Tery Butcher, 31, di dakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan sepupunya dengan menepuk punggung mangsa.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah bilik di dalam rumah panjang di Kampung Annah Rais, kira-kira jam 7.30 malam, 18 November lepas.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan terbabit.

Sebaik sahaja pengakuan tidak bersalah dicatatkan, mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 6 Januari 2022 bagi pengurusan kes.

Difahamkan, tertuduh bersama-sama mangsa minum minuman keras sebelum kejadian, dalam keadaan tertuduh mabuk mengajak mangsa keluar daripada bilik untuk menyambung semula aktiviti tersebut dengan sengaja menepuk punggung mangsa.

Pendakwaann kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak