20 individu sertai kursus jurulatih bola sepak

KUCHING: Seramai 20 individu mengikuti Kursus Diploma Jurulatih Bola Sepak Lesen ‘B’ AFC/FAM bermula 22 November lalu.

Peserta terbabit terdiri daripada pemain, pegawai Kuching City FC (KC FC) serta beberapa individu dari luar Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KC FC Iswandi Ali Hassan memberitahu, kursus berkenaan dianjur oleh pihaknya dengan dua tenaga pengajar iaitu Wan Jamak Wan Hassan dan Hazry Abdullah.

“Modul pertama bermula 22 November hingga 2 Disember depan, manakala modul kedua akan berlangsung dari 20 hingga 30 Januari 2022,” ujar Iswandi kepada Arena Suara Sarawak.

Iswandi akui, pihaknya berharap pengelolaan kursus tersebut akan dapat melahirkan tenaga jurulatih baharu.

Pada masa yang sama dapat menampung keperluan dalam membentuk pasukan ketika berlangsung saingan liga domestik selepas ini.
ENDS/….

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak