234 pelajar Bukit Semuja terima baucar pakaian seragam

SERIAN: Program penyerahan Bantuan Pakaian Seragam siri ketiga kepada seramai 234 pelajar di kawasan Bukit Semuja, hari ini, berjalan lancar.

Majlis ringkas tersebut disempurnakan oleh Adun Semuja John Ilus yang mendedahkan para penerima merupakan pelajar-pelajar dari sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan dan 12 Sekolah Rendah.

Menurutya, penyerahan bantuan tersebut sebenarnya dijadualkan lebih awal namun kerap kali ditunda akibat pandemik Covid-19 yang melanda negeri ini.

“Pemberian baucar bernilai RM200 ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban ibu bapa yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

“Diharapkan sumbangan ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin,” katanya pada Majlis Penyerahan Baucar Pakaian Seragam Dun Bukit Semuja di Dewan Serbaguna Ranchan, hari ini.

Jelasnya terdapat beberapa buah premis termasuk Everwin, Jun Rong, Golden Dragon dan lain-lain menjadi pembekal kepada penebusan baucar tersebut dengan tarikh akhir penebusan pada 31 Disember ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak