416 kes baharu, 13 kematian sejak 21 Oktober

KUCHING: Sarawak mencatatkan 416 kes baharu positif Covid-19 hari ini, dengan 13 kematian sejak 21 Oktober lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataannya berkata, 405 kes melibatkan kategori 1 dan 2 manakala 11 lagi dari kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan 138 kes, diikuti Miri (55), Sibu (51), Bintulu (41), Mukah dan Limbang masing-masing dengan 21 kes, Lawas (18), Matu (12), Dalat (11) dan Bau (9).

“Selain itu, Samarahan (7), Serian (7), Kanowit (6), Daro (4), Betong (3), Telang Usan (3) manakala Sri Aman, Simunjan, Kapit, Lubok Antu, Pakan, Belaga, Pusa, Asajaya dan Subis masing-masing dengan satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara, kes kematian melibatkan enam di daerah Betong, empat di Miri, dua di Kuching dan satu di Sibu.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak