5 Masjid, Surau Dun Simunjan terima peruntukan berjumlah RM50,000

SIMUNJAN: Sejumlah RM50,000 peruntukan telah disumbangkan kepada beberapa buah Masjid dan Surau Zon 4 Rangawan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan.

Daripada jumlah tersebut, tiga buah masjid iaitu Masjid Darul Rahman Kampung Rangawan, Masjid Darul Muhsinin Kampung Sungai Putin dan Masjid Darul Salam, masing-masing menerima RM10,000.

Manakala, empat buah Surau iaitu Surau Darul Iman Ulu Terasi, Kampung Terasi Besar, Surau Sinar Islam Kampung Rangawan Ulu, Surau Hidayatusolihin Kampung Terasi Ulu dan Surau Darul Iman Kampung Rangkang turut menerima peruntukan yang masing-masing berjumlah RM5,000.

Majlis penyerahan geran tersebut telah disempurnakan oleh penyandang kerusi Dun N.25 Simunjan, Awla Dris.

Menurut Awla, dengan peruntukan tersebut, ia dapat membolehkan Jawatankuasa Masjid dan Surau berkenaan melaksanakan program serta aktiviti keagamaan masing-masing.

“Kita percaya dengan peruntukan ini, ia membolehkan Jawatankuasa Masjid mahupun surau-surau terbabit melaksana aktiviti keagamaan dalam perancangan mereka,” katanya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak