80 nelayan darat, laut terima bantuan input peralatan perikanan

BINTULU: Seramai 80 nelayan darat dan laut di Kuala Tatau menerima bantuan input peralatan perikanan bernilai RM2,000 daripada kerajaan negeri menerusi Jabatan Pertanian Bintulu.

Simbolik penyerahan bantuan disempurnakan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau berkata kerajaan Sarawak komited dan fokus terhadap nasib dan kebajikan nelayan di seluruh negeri ini termasuk di Kuala Tatau.

Talib yang juga penyandang Dun Jepak berkata, pemberian bantuan daripada kerajaan kepada nelayan amat penting bagi memastikan kebajikan nelayan terus dijaga.

“Usaha itu juga perlu dipertingkatkan dalam memastikan keselesaan dan keperluan golongan tersebut mencukupi,” katanya.

Justeru, beliau berharap golongan terbabit memanfaatkan bantuan dan kemudahan yang disediakan kerajaan itu sebaik-baiknya bagi meningkatkan sosioekonomi diri dan keluarga mereka.

 

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak