880 pegawai, anggota IPD Kuching terlibat penugasan PRN Sarawak

KUCHING: Seramai 880 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah disenaraikan untuk bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, persediaan itu merangkumi sembilan balai di kawasan Kuching dengan kekuatan seramai 983 anggota secara keseluruhan.

“Bagaimanapun jumlah tersebut akan ditambah dengan kekuatan seramai 150 daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) luar seperti Pusat Latihan Polis (Pulapol), Marin, Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA),” katanya pada sidang media di kompleks perumahan polis Tabuan Jaya.

Tambahnya, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail turut meluluskan pihaknya untuk mendapatkan bantuan luar lain iaitu Pasukan sukarelawan Polis (PVR).

“Kita juga dalam perancangan untuk menggunakan khidmat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam penugasan-penugasan tertentu nanti,” ujarnya.

Secara keseluruhan, katanya IPD Kuching akan menggunakan kekuatan seramai 1,781 pegawai, anggota dan bantuan luar untuk penugasan PRN nanti.

Tambahnya, IPD Kuching turut bekerjasama dengan KKM bahagian Kuching dalam tempoh endemik, sekali gus bersedia bertugas bila-bila masa dalam tempoh PRN-12 Sarawak yang bakal diadakan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak