90 pasukan berentap Kejohanan Petanque Bergu Terbuka Piala Landas PSPBK 2021

KUCHING: Sejumlah 90 pasukan akan berentap sekaligus memburu gelaran juara pada Kejohanan Petanque Bergu Terbuka Piala Landas PSPBK Edisi Ke-13 2021 yang akan berlangsung pada 27 hingga 28 November di Pusat Petanque Sarawak, Kampung Santubong di sini.

Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS), Awang Zamhari Awang Mahmood berkata, pasukan yang akan berentap dalam kejohanan dua hari itu mewakili pelbagai agensi, pertubuhan selain kelab handalan dari sekitar Kuching, Samarahan, Asajaya dan skuad Sukma Sarawak.

“Penyertaan yang cukup memberangsangkan untuk saingan kali ini.

“Kita percaya jumlah pasukan akan terus bertambah memandangkan tarikh tutup pendaftaran pada 26 November ini,” katanya pada sidang media sempena Penyerahan Hadiah tajaan Lea Sports Centre, hari ini.

Kejohanan kali ini menyediakan hadiah lumayan dengan juara akan menerima wang tunai RM2,000, piala serta pingat dan naib juara menerima wang tunai RM1,200 selain piala serta pingat.

Manakala tempat ketiga menerima wang tunai RM800 piala serta pingat dan tempat keempat menerima wang tunai RM500, piala serta pingat.

Pemenang tempat kelima hingga kelapan turut menerima wang tunai RM200 dan pingat sementara pemenang tempat kesembilan hingga ke-16 menerima wang tunai RM100 dan pingat.

Hadir sama Pengarah Urusan Lea Centre Raymond Sim Hee Pang serta Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Kuching Alfian Bawi.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak