Abang Johari bakal hadir pecah tanah projek STOLport, Spaoh

SPAOH: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) di Bebuling pada 30 November ini.

Ini sekali gus membuktikan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengotakan janji dan tidak bercakap kosong.

Pada masa ini, kontraktor sedang giat melakukan kerja pembersihan tapak.

Projek bernilai RM108 juta itu dilaksanakan oleh sebuah syarikat tempatan, D.A.L Keluarga Realty Cara Raya JV Sdn. Bhd. dijangka siap pada 16 September 2023.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, STOLport Bebuling merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Sarawak dalam menjadikan negeri ini sebagai pengeluar makanan utama menjelang 2030.

“Spaoh adalah sebahagian daripada kawasan bakul makanan di Betong dan kerajaan juga telah mengenal pasti kawasan Bebuling seluas 250 hektar untuk dijadikan sebagai salah satu daripada enam Taman Pertanian di negeri ini yang akan diterajui oleh penanaman jitu dan pintar.

“Justeru, dengan siapnya nanti, ia diyakini dapat menampung pengangkutan segera hasil pertanian ke pasaran luar,” katanya penyandang kerusi Dun Bukit Saban itu berkata demikian semasa mengadakan lawatan tapak di sini, semalam.

Selain STOLport Bebuling, Kerajaan GPS turut membina lapangan terbang baharu di Bukit Mambong berharga RM173.5 juta.

-Tamat//

Pix1
DOUGLAS Uggah, Gerald Rentap bergambar kenangan bersama-sama wakil agensi kerajaan dan kontraktor semasa mengadakan lawatan tapak projek STOLport Bebuling di sini, semalam.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak