Abang Johari: dBazzar bakal setanding Alibaba

KUCHING: Platform e-dagang ‘dBazzar’ yang dibangunkan Sarawak bakal mendapat sambutan hebat serta berkembang menjadi aplikasi terkemuka dunia setanding Alibaba.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, platform digital terbaharu tersebut berpotensi menjangkau ke peringkat antarabangsa kerana kelebihan negeri ini yang kaya dengan produk-produk unik.

“Saya yakin dBazzar akan mengubah cara masyarakat tempatan menjalankan perniagaan bukan sahaja di dalam negeri, tetapi apa yang penting dalam e-dagang ialah pengeluaran, kualiti dan penghantaran kepada pelanggan.

“Ini adalah rantaian dalam mana-mana platform e-dagang. Jadi, kita perlu ada infrastruktur digital yang baik. Sekarang, kita berada dalam era 5G, bermakna kelajuan (internet) juga mesti ada. Seterusnya, infrastruktur tersebut mesti dikaitkan dengan hab antarabangsa.

“Jalur itu mesti dihubungkan sama ada melalui Singapura, Hong Kong atau terus ke Amerika Syarikat kerana sasaran pasaran kita adalah global,” katanya pada Majlis Pelancaran Aplikasi dBazzar di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak