Abang Johari pecah tanah projek jalan ke SPK Hulu Kabong, hari ini

KABONG: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Jalan Hubungan ke Skim Pembesaran Kampung (SPK) Hulu Kabong Fasa Satu di sini, hari ini.

Hadir sama mantan Adun Kabong Mohd Chee Kadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Datuk Sr Zaidi Mahdi, Pengarah Tanah dan Survei Sarawak Datuk Abdullah Julaihi, Residen Bahagian Betong Richard Michael Abunawas, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong Jacqueline George Paou dan Pegawai Daerah Kabong Mohamad Rashdan Azemi.

Projek bernilai RM7 juta diluluskan pada 25 Oktober lalu melibatkan pembinaan jalan sepanjang 810 meter jenis R3 standard (berturap dan parit).

Pembinaan dijangka bermula Disember depan dan dijangka siap pada Julai 2023.

Menurut kenyataan, jajaran tersebut akan memberi manfaat daripada aspek keselamatan di samping menyediakan jalan alternatif kepada penduduk yang bakal menduduki SPK Hulu Kabong Fasa Satu.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak