Aktiviti pendaratan ikan Kuching-Samarahan perlu dipusatkan di Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako

KOTA SAMARAHAN: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyeru kerjasama Kerajaan Sarawak dalam membatalkan semua kelulusan pendaratan ikan di kawasan Kuching-Samarahan supaya aktiviti tersebut dapat dipusatkan di Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako.

Pengerusi LKIM Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, beliau melihat pelabuhan tersebut mempunyai kemudahan yang terbaik di Asia Tenggara tetapi dari segi pendaratan ikan nelayan masih kurang.

“Tempat ini juga sangat luas dan dapat menampung kapasiti pendaratan sebanyak 64,000 metrik tan. Setakat ini yang paling tinggi adalah 13,000 metrik tan.

“Pada 2020 kita mensasarkan sebanyak 4,000 metrik tan pendaratan tetapi hanya berjaya merekodkan 900 metrik tan sahaja.

“Kita sedang berusaha untuk meyakinkan nelayan bahawa kemudahan kita lengkap dan kita juga mengharapkan Kerajaan Sarawak untuk memberikan sokongan dengan membatalkan semua kelulusan pendaratan di tempat-tempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke LKIM Negeri Sarawak dan Majlis Penyerahan Bantuan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) Prihatin di Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako, di sini, hari ini.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak