Anak patung peneman tidur

TIDAK dinafikan, anak patung yang comel, lembut dan unik mempunyai daya tarikan yang tinggi sehingga bukan sahaja menjadi kegilaan kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.

Di samping berfungsi sebagai alat mainan, anak patung juga dijadikan sebagai hiasan atau penyeri bilik rumah, kereta dan sering menjadi peneman tidur.

“Pada waktu itu, saya berniaga secara siaran langsung di Facebook, sambutan daripada pengguna yang menonton memuaskan tetapi pelanggan yang membeli masih kurang.

“Sekarang Alhamdulillah kerana pelanggan semakin bertambah dan saya berasa sangat gembira dengan hasil pendapatan saya yang semakin di luar jangkaan.

“Malah, tahun ini saya dalam proses membuka kedai mini di tempat letak kereta di luar rumah yang saya gelar sebagai Kedai Kiut.

Selain itu, Peyna juga sudah memberanikan diri untuk menjual produk lain seperti beg tangan, pakaian dan selipar.

Bercerita mengenai cabaran, Peyna menjelaskan dirinya sukar membuat penghantaran dan pengeposan sedangkan jualan penuh di dalam kereta.

PKP lepas yang mengehadkan seorang sahaja dalam kereta menyebabkan dia terpaksa mengurus seorang diri dan tiada yang membantu.

Pada pada masa yang sama, pelanggan juga lambat membuat pembayaran kerana sukar keluar dari rumah untuk urusan bank kerana ada yang dikuarantin dan kawasan tempat tinggal menjalani PKPD.

“Akhir sekali, saya berharap perniagaan saya akan berkembang maju suatu hari nanti kerana saya berimpian untuk membantu orang dengan rezeki yang saya dapat.

“Nasihat saya kepada peniaga lain, jangan pernah putus asa dan ada rasa malu kerana perniagaan ini hanya permulaan sahaja nampak rumit,” tegas Peyna.

Bagi pelanggan yang berminat untuk membeli anak patung dari Peyna, boleh hubungi Peyna di Facebook iaitu PeynaVoyage atau datang ke Kedai Kiut di Sri Aman.

Justeru, anak kelahiran Betong yang kini menetap di Sri Aman, Nursyafina Abdul Karim, 29, membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan anak patung secara dalam talian.

Dia yang lebih dikenali sebagai Peyna di media sosial berkata, idea untuk menjual anak patung timbul setelah perniagaannya terjejas akibat pandemik Covid-19. “Sejak 2017, pelbagai jenis perniagaan yang telah saya jalankan seperti menjual kek hari jadi, biskut, mi kolok, burger dan air minuman.

“Namun begitu, saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan anak patung setelah aliran pendapatan perniagaan yang saya jalankan sebelum ini menjadi perlahan susulan Covid-19,” katanya kepada Suara Sarawak.

Tambahnya lagi, dia turut terdorong untuk menjalankan perniagaan ini disebabkan ingin menjana pendapatan lebih kerana anaknya yang semakin membesar.

Antara kelebihan anak patung yang dijual berbanding dengan peniaga lain ialah harganya sangat murah dan berpatutan iaitu berharga RM2 sehingga RM150.

Pelanggan juga boleh menempah terlebih dahulu dan membuat pembayaran setelah barang dihantar ke rumah.

Berkongsi mengenai modal perniagaan, Peyna menjelaskan bahawa dia menggunakan bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diberikan oleh kerajaan sepenuhnya untuk memborong anak patung.

“Dahulu, saya membeli barang dengan memilih barang tertentu sahaja, tetapi kini saya sudah membeli secara guni atau borong dengan anggaran berat 45 hingga 50 kilogram.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak