Awang Tengah: Kerajaan Sarawak kini berstatus kerajaan sementara

KOTA SAMARAHAN: Proklamasi darurat Sarawak yang ditamatkan menjadikan kerajaan Sarawak kini bersatus kerajaan sementara ataupun ‘Caretaker’, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Bagaimanapun katanya, status itu perlu menunggu pengumuman rasmi oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Secara teknikalnya, apabila proklamasi darurat ditamatkan dan Ordinan Darurat diungkai maka Sarawak akan menjadi kerajaan sementara.

“Namun, ia seharusnya menunggu pengumuman rasmi oleh Tuan Yang Terutama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media setelah menyampaikan cek pampasan bagi projek Bako/Sejingkat/Jalan Pesisir Samarahan, tapak pembesaran SK Ibnu Khaldun dan warta rizab komunal bumiputera, di sini, hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak