B-E-Data lonjak ekonomi warisan budaya tempatan

KUCHING: Pelancaran Business Event Data (B-E-Data) bakal memberikan impak positif kepada sektor ekonomi tempatan pada masa akan datang, kata Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting.

Menurutnya, inisiatif perkongsian data yang bakal disediakan BEData itu dapat memberikan pandangan secara keseluruhan program perniagaan serta menyukat impak terhadap ekonomi tempatan.

“Seterusnya ia akan menyediakan data secara statistik bagi pelaburan yang lebih baik dan memberi sokongan derma untuk memastikan sektor kekal berdaya saing.

“Selain itu, membantu membuat keputusan penting semasa merangka pelan strategik dan taktikal untuk membangunkan industri Sarawak serta meningkatkan kredibiliti sebagai destinasi perniagaan pilihan,” katanya pada Majlis Pelancaran Inisiatif Perkongsian Data (B-E-Data) di sini, hari ini.

Justeru katanya, diharapkan peluang tersebut akan digunakan dengan sebaik mungkin oleh sektor berkaitan di samping menggalakkan orang awam serta sektor swasta memberikan data sebanyak mungkin.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak