Bantuan segera untuk mangsa kebakaran

KUCHING: Seramai 21 penghuni daripada lima sekeluarga hilang tempat berteduh selepas rumah dua tingkat didiami mereka di Kampung No 6 Jalan Muhibbah di sini hangus dijilat api semalam.

Nasib malang keluarga mangsa kebakaran itu mendapat perhatian Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok, Datuk Ibrahim Baki untuk memberi sumbangan segera kepada mangsa.

Ibrahim ditemani Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Abdul Samad Gany dan wakil pusat khidmat Petra Jaya dan beberapa pemimpin tempatan mengunjungi lokasi kebakaran.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 10.56 pagi.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dan Batu Lintang ke lokasi kejadian berjaya mengawal kebakaran pada jam 11.23 pagi.

SANTUNI… Ibrahim (tengah) bercakap kepada penghuni rumah terbakar di Kampung No 6 Jalan Muhibbah di Kuching, semalam.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak