Bomba selamatkan buaya tersangkut pukat

MIRI: Seekor anak buaya ditemui tersangkut pada pukat ketika banjir melanda di ladang sawit berhampiran Rumah Branyai-Batu Niah, pagi tadi.

Anak reptilia itu difahamkan tersesat setelah berikutan air pasang sehingga membanjiri ladang sawit yang cuma berada di sebelah sungai.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, buaya tersebut berjaya diselamatkan sebelum dibawa balik ke Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bati Niah.

“Operasi dijalankan dengan melepaskan buaya dari pukat sebelum mengikatnya untuk dibawa ke balai untuk diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak (SFC) Miri,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, bomba menerima laporan insiden sekitar jam 8.47 pagi sebelum menghantar seramai lapan anggota dari BBP Batu Niah ke lokasi kejadian.

TOLONG…. Anggota bomba menyelamatkan anak buaya tersangkut pada pukat di ladang sawit.
Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak