Cabul cucu, warga emas dilepas tanpa dibebaskan

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap cucu perempuannya yang berusia 15 tahun.

Hakim Jason Juga membuat keputusan tersebut terhadap tertuduh yang berusia 59 tahun kerana mangsa gagal menampilkan diri semasa perbicaraan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap cucu perempuannya di sebuah rumah di Petra Jaya, sekitar jam 12.00 tengah hari, 26 Mei 2020.

Semasa kejadian, tertuduh dikatakan telah menyentuh bahagian dada dan meraba bahagian alat sulit mangsa di dalam sebuah bilik di kediaman mereka.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, dia mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan tertuduh ikat jamin RM5,000 beserta dua penjamin tempatan pada 6 Ogos tahun lalu.

Tertuduh juga diingatkan supaya tidak menghubungi dan mendekati mangsa atau saksi secara peribadi atau melalui ejen.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan manakala tertuduh diwakili dua Peguam Steven Beti dan Gerald Donald.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak