Covid-19: 171 kes baharu di Sarawak

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan penurunan kes baharu Covid-19 iaitu kepada 171 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata daripada jumlah itu, 53 kes adalah kategori 1 manakala 106 kes kategori 2 dan 12 kes lain adalah kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan kes tertinggi iaitu 66, diikuti Lawas (19); Miri (17); Limbang (15); Bintulu (12), Sibu (11), Samarahan (5), Sri Aman (3), Mukah, Betong dan Bau (2) serta masing-masing satu kes di Serian, Lundu, Sarikei, Kapit, Tatau, Beluru, Kabong, Pakan, Bukit Mabong, Dalat, Sebauh, Simunjan, Belaga dan Telang Usan.

Sementara, JPBN berjata sebanyak enam kematian dalam tempoh enam hari dilaporkan bermula 17 hingga 22 November lepas.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak