Covid-19: Sarawak catat 409 kes baharu

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan 409 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 246, 264.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 127 kes adalah daripada kategori 1, 276 kes merupakan kategori 2, manakala enam kes dalam kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 113 kes, diikuti Miri (76); Sibu (55); Bintulu (26); Lawas (22); Serian (20); Tanjung Manis (15) dan Betong (12).

“Manakala sembilan kes di Limbang dan Lundu, Samarahan (8); Bau (7); Kapit, Song dan Julau (5); Mukah, Sarikei dan Asajaya (3); Kanowit, Subis dan Tatau (2) manakala masing-masing satu kes di Pusa, Simunjan, Belaga, Marudi, Selangau, Kabong, dan Bukit Mabong,” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.

Tambah JPBN, sebanyak tujuh kes kematian direkodkan dalam tempoh bermula 25 Oktober hingga 10 November.

“Sementara itu, tiada kluster baharu dikesan hari ini, manakala dua kluster diisytihar tamat iaitu Kluster Opar, Bau dan Kluster Mapu, Tebedu,” ujarnya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak