Covid-19: Sarawak rekod sifar kematian, 158 kes baharu

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan sebanyak 158 kes harian dengan menjadikan jumlah kumulatif 250,534 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 54 kes adalah kategori 1, 99 kes merupakan kategori 2 manakala lima lagi adalah kategori 3,4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan kes tertinggi iaitu 42, diikuti Sibu dan Miri (19), Serian (15), Bintulu (10), Limbang dan Kanowit (9), Lundu (7) dan Samarahan serta Simunjan (6).

“Manakala sebanyak empat kes di Betong dan Sarikeri, Lawas dan Dalat (2), dan masing-masing satu kes di Bau, Kabong, Matu dan Tebedu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, JPBN berkata tiada kematian dan kluster baharu yang dilaporkan.

Suara Sarawak