Covid-19: Sarawak terus catat penurunan, 239 kes baharu hari ini

KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 239 kes baharu Covid-19, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif 249, 722 kes setakat hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 237 kes adalah daripada kategori 1 dan 2, manakala dua kes melibatkan kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan sebanyak 65 kes, diikuti Miri (46), Beluru (45), Sibu (19), Serian (15), Bintulu (9), Lawas (8), Mukah (6), Limbang (6), Samarahan (6), Sarikei (3), Lundu (2), Daro (2), Dalat (2), Kapit (1), Bau (1), Tanjung Manis (1), Subis (1) dan Bukit Mabong (1), ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah JPBN, sebanyam dua kes kematian direkodkan di Bahagian Sibu iaitu masing-masing pada 19 dan 20 November lalu.

Di samping itu, hanya enam kluster yang masih aktif di negeri ini.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak