Curi dompet, lelaki didenda RM2,000

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau lima bulan penjara sekiranya gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan mencuri beg dompet, Julai lalu.

Tertuduh Shazambri , 36, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, dia telah mencuri beg dompet milik Mohamad Zaidi Ibrahim di sebuah pusat beli belah Samariang di sini, kira-kira jam 3.30 petang, 7 Julai lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut ringkasan kes, tertuduh menyedari beg dompetnya yang diletakkan di atas meja di sebuah kiosk kedai telekomunikasi telah hilang sebaik sahaja balik keluar daripada merokok.

Antara barang-barang yang didapati hilang ialah kad pengenalan diri, lesen memandu, dan wang tunai berjumlah RM500.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak