DAP Sarawak umum 18 calon bertanding PRN-12

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak mengumumkan 18 daripada 26 calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12).

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, 11 daripada mereka merupakan calon muka baharu dengan yang paling muda berusia 27 tahun.

“Antara calon-calon muka baharu adalah Granda Aing (Tasik Biru), Chang Hong Siong (Mambong), Laerry (Kedup), Brolin Nicholsion Benedict Achung (Bukit Semuja), Philip Wong Pak Min (Repok), Solomon Kumbong (Pelagus), Kenneth Lagong (Baleh), Tony Chiew (Tanjong Batu), Tonny Ung (Samalaju), Peter Hee Leh Keng (Piasau) dan Marcus Hugo (Senadin).

“Sementara muka lama ialah Leon Jimat Donald (Simanggang), Yong Siew Wei (Meradong), Irene Mary Chang Oi Ling (Bukit Assek), David Wong Kee Woan (Pelawan), Joseph Jinggut (Bukit Goram), John Bryan (Kemena) dan Alan Ling Sie Kiong (Pujut),” katanya.

Chong yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak berkata demikian pada sidang media Penyerahan Watikah kepada calon-calon DAP yang bakal bertanding pada PRN-12, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya calon bagi enam lagi kerusi yang terletak di Kuching iaitu Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kitang, Batu Kawah dan Stakan akan diumumkan apabila tiba masanya nanti kerana masih merancang strategi.

Sementara untuk kerusi Dudong dan Bawang Assan, ia masih dalam perbincangan dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak