Dihukum selepas mengaku hisap dadah

KUCHING: Seorang lelaki berusia 43 tahun didenda RM2,700 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan mengambil dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine pada Ogos lepas.

Tertuduh Kong Fatt,43, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dalam pengawasan dua tahun selepas menjalani hukuman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik sekitar jam 3.45 pagi, 14 Ogos lepas.

Tertuduh juga didapati mengambil dadah terlarang jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Azdmei Ahmad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh sebagai pengajaran.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak