Dipenjara enam bulan, salah guna dadah

KUCHING: Seorang lelaki berusia 37 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Zulfika Zaidan, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapannya.

Mahkamah memutuskan tempoh hukuman penjara tertuduh berkuat kuasa hari ini.

Menurut fakta kes, bertempat di Balai Polis Tabuan Jaya, pengadu yang merupakan pegawai polis telah membuat ujian saringan terhadap seorang lelaki (tertuduh) yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah pada 10 Mei 2013.

Hasil ujian saringan awal mendapati tertuduh positif dadah jenis Amphethamin dan Methaphetamin.

Tertuduh kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Semasa dalam tempoh siasatan, barang kes juga telah di hantar ke makmal Jabatan Kimia Malaysia untuk ujian makmal pada 14 Mei 2013.

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad memohon tertuduh dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak