Empat lelaki dicekup, miliki syabu 6.57 gram

PADAWAN: Polis menahan empat orang lelaki tempatan disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di hadapan sebuah rumah di Batu Kawa, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Supritendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, serbuan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Padawan kira-kira jam 12.40 tengah hari.

Katanya, kesemua suspek yang ditahan berumur lingkungan 22 hingga 30 tahun.

“Hasil pemeriksaan, polis telah menjumpai dan merampas dadah disyaki jenis syabu seberat 6.57 gram yang dianggarkan bernilai RM850,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing juga mendapati keempat-empat suspek didapati positif dadah.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak