Fatimah: Isu kehamilan remaja, KWKPK jalin kerjasama dengan Unimas

KUCHING: Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) menjalinkan kerjasama dengan Unimas dalam menghasilkan satu kajian mengenai isu kehamilan remaja.

Menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kerjasama itu bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai isu kehamilan remaja dan profilnya.

“Satu Kajian Profil remaja hamil di Sarawak sedang dikendalikan pada tahun ini oleh kumpulan penyelidik dari Unimas dan laporan hasil kajian akan dapat dikongsikan pada tahun 2022 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat One Stop Teenage Pregnancy Comunitee (OSTPC) di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Fatimah berkata bahawa kajian ini dijalankan untuk mengetahui latar belakang remaja, bagaimana pergaulan mereka dan sebagainya.

Dengan kerjasama ini jelasnya, ia akan dapat mencapai objektif kementerian untuk mengurangkan kes remaja hamil sekali gus mengurangkan kes pembuangan bayi.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak