Gelanggang badminton bertaraf dunia di Sadong Jaya

KUCHING: Tiga gelanggang badminton sedia ada di Dun Sadong Jaya akan diubah suai menyamai gelanggang bertaraf dunia.

Demikian dinyatakan penyandang kerusi Dun Sadong Jaya Ir Aidel Lariwoo ketika berucap pada Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Badminton Bergu 2021.

“Saya percaya usaha menaik taraf gelanggang badminton terbabit bukan sahaja mencetus semangat berbeza buat pemain, bahkan mampu memperlihatkan potensi Daerah Sadong Jaya menjadi medan terbaik menganjurkan kejohanan lebih berprestij pada masa akan datang,” katanya.

Pada majlis tersebut Ir Aidel turut mengumumkan peruntukan RM100,000 untuk menaik taraf gelanggang terbabit sumbangan beliau.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan dana berjumlah RM15,000 kepada Persatuan Badminton Bahagian Samarahan (PERBAS) dan dana berjumlah RM2,000 kepada skuad badminton remaja yang akan bertanding dalam kejohanan di Miri.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak