Ibu terkejut, anak ditemui meninggal dunia

MUKAH: Seorang ibu terkejut apabila mendapati anak lelakinya berusia 34 tahun meninggal dunia di ruang tamu di sebuah rumah, Kampung Petanak Seri Mukah, pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Mohamad Rizal Alias berkata, berdasarkan laporan si mati yang bekerja sebagai mekanik itu ditemui oleh ibunya yang menjenguknya pada jam 5.45 pagi.

“Ibu mangsa kemudiannya menghubungi menantunya yang kemudian bertindak menghubungi pihak polis.

“Hasil pemeriksaan kita mendapati tiada kesan kecederaan atau pergelutan pada tubuh badan mangsa di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujarnya si mati masih bujang dan sejak kebelakangan ini banyak berdiam diri serta kurang bercakap dengan ahli keluarganya.

Setakat ini, kes diklasifaikasikan sebagai laporan mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperoleh kelak.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak