Jalan Batu 6 ke Batu 10 ditutup esok hingga 17 Disember

KUCHING: Jalan Kuching – Serian (Batu 6 ke Batu 10) akan ditutup sementara bermula 1 hingga 17 Disember ini.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, lencongan atau penutupan jalan raya tersebut hanya akan dilakukan semasa kerja-kerja penyelenggaraan iaitu bermula jam 8 malam hingga 5 pagi, setiap hari.

“Ia bagi memberi jentera berat melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan,” kata JKR dalam kenyataan, hari ini.

Namun tambah kenyataan itu, jalan raya tersebut akan dibuka secepat mungkin sekiranya kerja-kerja penyelenggaraan dapat disiapkan awal bagi melancarkan pergerakan trafik.

“Dalam pada itu, pengguna yang melalui jalan tersebut diminta bersabar dan merancang perjalanan untuk sama ke destinasi dengan selamat dan tepat pada masanya,” tambah JKR.

Kenyataan tersebut turut memberitahu bahawa JKR Bahagian Kuching akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan.

“Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan, sila berhubung dengan Pejabat JKR Bahagian Kuching (016-8885761) atau DAL HCM (011-51620097) pada waktu pejabat,” ujarnya.

Suara Sarawak