Jambatan Sejingkat bakal mewarnai landskap pembangunan Kuching, Samarahan

KUCHING: Pembinaan Jambatan Sejingkat akan menjadi jambatan ikonik yang bakal mewarnai landskap pembangunan di kawasan Kuching dan Samarahan sekali gus menjadi kawasan tarikan pelancong.

Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi berkata, jambatan jenis kabel yang dibina mempunyai dua hala yang berukuran 1,280 Meter (m) panjang dengan ketinggian 26m, mengikut standard JKR R5 untuk memudahkan perjalanan penduduk merentasi Sungai Sarawak.

Katanya, pembinaan projek tersebut termasuk dalam program Jaringan Jalan Pesisir yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak, di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menghubungkan bahagian Kuching dan Samarahan.

“Apabila siapnya jambatan ini nanti, masalah trafik yang dialami oleh rakyat juga dapat dikurangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pecah Tanah Jambatan Sungai Sarawak, Sejingkat dan Jalan Utama kedua Kuching dan Samarahan, hari ini.

Tambahnnya, Samarahan kini sedang pesat membangun dan merupakan salah satu kawasan yang berpotensi tinggi untuk menjana ekonomi Sarawak.

Beliau percaya melalui pelaksanaan projek tersebut, ia akan dapat membuka peluang lebih banyak kepada rakyat dari pelbagai aspek pada masa akan datang.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak