KC FC gugurkan pemain

KUCHING: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuching City FC (KC FC) Iswandi Ali Hassan memberitahu, pihaknya akan menggugurkan sebilangan pemain dalam skuad terbabit.

Fokus tersebut tertumpu kepada pemain yang gagal menyerlah sepanjang kempen Liga Malaysia 2021 selain mereka yang dibelenggu kecederaan serius dan memerlukan masa untuk pulih.

“Bagaimanapun, kami akan menunggu laporan daripada ketua jurulatih terlebih dahulu sebelum memuktamad nama pemain terbabit,” ujar Iswandi kepada Arena Suara Sarawak.

Tambah Iswandi, pendekatan tersebut terpaksa dilakukan untuk memperkemaskan jentera bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2022 yang dijangka lebih mencabar.

Iswandi menjelaskan, pihaknya juga akan menyerap pemain muda dari skuad pelapis KC FC II (Piala Preaiden) sebagai langkah awal untuk menampung keperluan tersebut.

“Setakat ini ada empat pemain dari skuad pelapis yang dipinjam bersama skuad senior.

“Kesemua empat mereka ini akan naik pangkat musim depan,” jelasnya.

Sambil menegaskan empat pemain terbabit ialah Wan Badzreen Wan Yusuf, Amirul Iqmal Bolhi, Amir Amri Salleh dan Diego Baggio Test.

Selain itu, beberapa pemain dari skuad kedua itu juga akan turut diserap ke dalam pasukan berwajah baharu itu kelak.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak