Kolaborasi JTS, UTM semarakkan inovasi

KUCHING: Kolaborasi antara Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam perkongsian teknologi pengurusan dan pentadbiran tanah telah menjadi platform untuk semarakkan inovasi.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion berkata, semarak inovasi dan kreativiti amat penting untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan awam.

Menurut beliau, sekiranya semarak inovasi ini malap, negeri Sarawak mungkin akan mengalami krisis yang kritikal untuk berhadapan dengan situasi pandemik Covid-19.

“Oleh sebab itu, sebelum kita menghampiri penutup tahun 2021, kita ingin sama-sama raikan semarak inovasi yang sentiasa mekar disebalik cabaran dan kekangan yang dihadapi akibat daripada situasi Covid-19 ini.

“Saya berharap JTS akan menggunakan peluang kerjasama ini dengan sebaiknya untuk memperkasa aspek pengurusan dan pentadbiran tanah agar kemajuan ekonomi rakyat, khususnya dalam PCDS 2030 dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap seterusnya menyempurnakan Majlis perasmian Raikan Semarak Inovasi sempena sambutan bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak 2021 yang bertemakan ‘Innovation: Breaking Through Norms’ di Hotel Waterfront Kuching, di sini hari ini.

Beliau juga berharap kerjasama antara sebuah institusi pengajian tinggi dan agensi di bawah perkhidmatan awam negeri ini dapat diteruskan dan dijadikan contoh oleh agensi kerajaan lain.

RAKAM KENANGAN… Majlis perasmian Raikan Semarak Inovasi sempena sambutan bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak 2021 yang bertemakan ‘Innovation: Breaking Through Norms’ di Hotel Waterfront Kuching, disini semalam.
Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak