KSL 2021 Zon Kuching: Sanjung Etika muncul juara

KUCHING: Regu Sanjung Etika menepati ramalan muncul juara Liga Sepak Takraw Kenyalang (KSL) 2021 Zon Kuching.

Pilihan utama kejohanan itu menumpaskan seteru utama mereka Mypham 25 dengan kemenangan mudah 2-0 (21-14, 21-6) pada perlawanan akhir yang berlangsung di Dewan Pelbagai Guna SSC, Jalan Stadium petang tadi.

Kejayaan itu, membolehkan barisan pemain regu terbabit membawa pulang wang tunai RM1,500, piala dan pingat.

Manakala, wang tunai RM1,000 beserta piala dan pingat diterima regu Mypham 25 selaku naib juara.

Kedua-dua regu terbabit akan mewakili Zon Kuching ke peringkat ‘Grand Finale’ yang akan berlangsung di Kuching pada 10 hingga 12 Disember nanti.

Dalam pada itu, regu Gajah Silver dan Kaputeng yang tewas diperingkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM500, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Datuk Ismail Abang Saufi.

JUARA…Datuk Ismail Abang Saufi (berdiri di tengah barisan belakang) bergambar kenangan bersama pemain dan pegawai regu Sanjung Etika selesai majlis penyampaian hadiah. – FOTO RAMIDI SUBARI
Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak