KSL 2021 Zon Samarahan: Penentu regu pilihan

KUCHING: Saingan Liga Sepak Takraw Kenyalang 2021 Zon Samarahan kembali bersambung Ahad nanti.

Pertembungan itu membabitkan 24 regu dari enam kumpulan bertanding yang bertukar gelanggang baharu iaitu ke Stadium Tertutup Unimas, Kota Samarahan.

Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Samarahan (SDTA), Naser Ramli memberitahu, sebanyak 12 perlawanan berlangsung sepanjang Ahad ini.

Tegasnya, aksi minggu ketiga ini melibatkan regu dari enam kumpulan.

“Enam perlawanan berlangsung pada sebelah pagi. Disusuli jumlah perlawanan sama pada sebelah petangnya,” ujar Naser kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Naser, pihaknya akan dapat mengetahui calon regu yang berjaya layak ke pusingan kalah mati selesai semuanya nanti.

“Kita akan dapat mengetahui calon regu yang layak beraksi di pusingan kalah mati selesai perlawanan yang dijadual berlangsung nanti,” tambah Naser lagi.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak