Lapan ditahan, gaduh dan ugut

MIRI: Lapan lelaki termasuk seorang remaja diberkas polis pada Ahad kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan dan ugutan terhadap seorang lelaki serta keluarganya di unit Qudruplex Permyjaya, di sini.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari mengesahkan tangkapan kira-kira jam 10.45 malam dengan kesemua suspek berumur lingkungan 17 tahun hingga 46 tahun

“Ketika kejadian, suspek bersama-sama dua individu bersenjatakan parang dan kayu telah menimbulkan kekecohan di luar unit mangsa pada 7.30 malam itu.

“Dalam pergaduhan itu, salah seorang suspek telah menghayun parang ke arah mangsa namun mangsa sempat mengelak,” katanya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati suspek telah mengugut mangsa kerana melihat mereka mencuri bateri kereta milik jiran sebelah rumah.

Kesemua suspek ditahan di Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut dan turut dirampas sebilah parang dan dua batang kayu yang digunakan semasa kejadian.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak