Lelaki didenda, keluarkan kata-kata kesat kepada polis

KUCHING: Padah menghalang tugas penjawat awam, seorang lelaki berusia 45 tahun dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman terhadap Avinash Ram selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca jurubahasa di hadapannya, di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja menghalang tugas dua orang anggota polis berdekatan sebuah lampu isyarat di Jalan Song kira-kira jam 7.40 pagi, 28 Mac 2020.

Menurut fakta kes, pengadu bersama salah seorang rakan setugas telah menerima arahan untuk membuat pemeriksaan berikutan terdapat laporan bahawa seorang lelaki didapati tidur di dalam kereta berdekatan sebuah lampu isyarat di Jalan Song.

Berang dibangunkan pihak berkuasa, tertuduh kemudian keluar dari kereta lalu menggeluarkan kata-kata kesat seperti ” lancau kau, babi kau pukimak kau perut macam babi sial polis, polis macam barua”. Pengadu mengarahkan tertuduh balik namun enggan berbuat demikian.

Sebelum beredar, tertuduh juga menggeluarkan kata-kata kesat dan berbaur ugutan.

Laporan polis kemudian dibuat yang membawa kepada penangkapan tertuduh termasuk kereta yang digunakannya turut dirampas.

Semasa perbicaraan, seramai empat orang saksi telah tampil untuk memberi keterangan kes.

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak