Lelaki maut pikap terbabas di Jalan Kuching-Serian

SERIAN: Seorang lelaki maut dalam kemalangan di Kilometer 16, Jalan Kuching-Serian, di sini semalam.

Mangsa, 60 tahun, cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.50 petang ketika menerima rawatan di Hospital Serian.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supritendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.27 tengah hari ketika mangsa yang memandu sebuah kereta pikap sedang dalam perjalanan menuju Kuching dari arah Serian.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke tepi sebelah kiri jalan serra melanggar penghadang penghadang jalan sebelum terbalik beberapa kali dan terus melanggar tiang rumah di bawah jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, selepas kejadian, mangsa telah dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam sebelum dibawa ke Hospital Serian oleh pihak ambulans untuk menerima rawatan awal.

“Semasa kejadian, cuaca hujan dan keadaan pemukaan jalan basah dan jalan raya lurus serta mempunyai sistem lalulintas jalan sehala,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kereta pikap mangsa terbalik beberapa kali dan melanggar tiang rumah dalam kemalangan.

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak