LIGA SSC-FAS 2021: Aksi SU FC II, KC FC II ditunda

KUCHING: Perlawanan membabitkan Sarawak United FC II (SU FC II) dan Kuching City FC II (KC FC II) yang dijaduakan berlangsung di Stadium Sarawak, Petra Jaya petang esok ditunda ke tarikh baharu yang akan diumum kemudian.

Penundaan aksi terakhir melibatkan dua pasukan pilihan dari Zon Selatan itu atas masalah yang tidak dapat dielakkan.

Pengurus SU FC II, Phillip Jabu memberitahu keputusan penundaan perlawanan tersebut telah dimaklumkan kepada beliau atas masalah yang tidak dapat dielakkan.

Menurut Phillip, tarikh baharu perlawanan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Suara Sarawak