LIGA SSC-FAS 2021: Miri FA sedia teruskan momentum kemenangan

KUCHING: Jaguh terbilang dari utara, Miri FA berazam untuk mencetak sebarang mata menjelang pertemuan dengan Mukah FA di Kompleks Sukan Mukah, Sabtu ini.

Biarpun sedar ia bukan satu tugas mudah dengan mengambil kira prestasi semasa pasukan tuan rumah, apatah lagi barisan kendalian jurulatih Jamal Wasli itu mantap disegenap posisi.

Pengurus Miri FA Sonie Sekan menegaskan, misi utama mereka kekal mahukan kemenangan untuk beroleh tiga mata penuh.

“Walaupun kami hanya memerlukan keputusan seri untuk mengekal kedudukan ditangga teratas selepas ini.

“Sekali gus, melayakkan anak-anak buah Anuar Ahmad (Ketua Jurulatih Miri FA) ke pusingan kalah singkir,” ujar Sonie kepada Arena Suara Sarawak.

Yang pasti katanya, kemenangan tetap dihajati untuk mengelak sebarang kemungkinan berlaku.

Miri FA kini menghuni tangga teratas Kumpulan Zon Utara saingan Liga SSC-FAS 2021 menggumpul 4 mata.

Diekori rapat pesaing terdekat Bintulu FA ditangga kedua dengan dua mata. Disamping Mukah FA ditangga ketiga dengan satu mata.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak