LIGA SSC-FAS 2021: Miri layak ke suku akhir

MUKAH: Skuad Miri FA terpaksa bekerja keras untuk memastikan jaringan gol tunggal sekali gus menjadi kemenangan tipis (1-0) ke atas Mukah FA.

Aksi yang berlangsung di kompleks sukan Mukah FA selaku tuan rumah tidak mematahkan semangat anak-anak buah Anuar Ahmad mencatat kemenangan ketika bertandang ke tempat lawan.

Gol tunggal jaringan Mohd Rahim Roslan pada minit ke-47 berjaya memastikan Miri FA merangkul tiga mata penuh pada perlawanan terbabit.

Pengurus pasukan Miri FA Sonie Sekan turut menzahirkan tahniah ke atas pemain ketika diminta mengulas tentang perlawanan.

“Pujian kepada semua pemain kerana berjaya mempamer permainan yang cukup hebat sekali.

“Tiga mata yang diperolehi amat berharga sekali untuk kami semua,” tegasnya.

Dengan tiga mata penuh diperolehi, Miri FA kekal di tangga teratas Zon Utara dengan tujuh mata dari tiga perlawanan.

Dalam pada itu, Miri FA kini antara pasukan layak melangkah ke suku akhir Liga Perbadanan Sukan Sarawak (SSC)- Persatuan Bola Sepak Negeri Sarawak (FAS) 2021.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak