LIGA SSC-FAS 2021: Miri tidak beri laluan mudah

KUCHING: Gergasi serba mantap, Miri FA kekal fokus untuk meneruskan rentak kemenangan menentang Bintulu FA pada aksi terakhir peringkat kumpulan Zon Utara di Padang Sintetik Kelab Kidurong, Bintulu petang esok.

Meskipun, sebarang keputusan tidak memberi impak kepada anak didik Anuar Ahmad yang sudah pun layak ke peringkat suku akhir.

Apa yang pasti, rekod tanpa kalah pada tiga perlawanan yang dilalui sebelum ini perlu dikekalkan.

Pengurusnya Sonie Sekan menegaskan, tiada istilah ‘buka laluan’ kepada lawan mereka petang esok.

“Walaupun kelebihan pada pasukan tuan rumah, namun kami tidak akan memberi laluan mudah,” ujar Sonie kepada Arena Suara Sarawak.

Malah menurut Sonie, Miri FA akan turun dengan barisan kesebelasan utama terbaik untuk mengharungi tempoh 90 minit permainan petang esok.

Bintulu FA berada dikedudukan ketiga dengan menggumpul dua mata ketika ini amat memerlukan kemenangan bagi memintas Mukah FA di kedudukan kedua sekali gus melayakkan ke pentas suku akhir.

Suara Sarawak