Liga SSC-FAS 2021: Peluang Serian FA balas dendam

KUCHING: Perlawanan ulangan dua jiran tetangga, Serian FA dan Samarahan FA di Stadium Unimas, Kota Samarahan petang esok pastinya memberi situasi berbeza.

Masing-masing mempunyai misi tersendiri meskipun aksi terakhir kedua-dua pasukan dari Zon Selatan itu disifat hanya sebagai pelengkap jadual ekoran sudah tersingkir dari perburuan slot ke suku akhir.

Ketua Jurulatih Serian FA, Makri Lonchen memberitahu, kemenangan menjadi fokus pemainnya.

“Walaupun perlawanan petang esok lebih kepada pelengkap jadual, kemenangan tetap menjadi buruan,” ujar Makri kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil menyifatkan kemenangan andaikata berjaya diperolehi sekali gus membalas dendam kesumat rentetan kekalahan (1-0) dialami pada aksi pertama sebelum ini.

Serian FA kini masih kekal menghuni tangga tercorot tanpa sebarang mata.

Berbanding Samarahan FA di kedudukan ketiga dengan menggumpul tiga mata.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak