Malaysia tubuh universiti keusahawanan untuk lahirkan pelapis

KUCHING: Universiti Keusahawanan dan Koperasi Malaysia akan ditubuhkan pada Julai tahun hadapan bagi mengukuhkan sektor tersebut pada masa akan datang.

Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor berkata, ia bagi memenuhi keperluan untuk mencari pelapis dalam sektor koperasi yang semakin mendesak untuk melahirkan mahasiswa graduan dalam sektor tersebut.

“Kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak menambah IPTA. Oleh itu, kita tubuhkan universiti di pihak swasta melalui anak syarikat kerana kalau diletakkan di bawah IPTA, institut akan berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

“Hal ini kerana kita pada asasnya hanya melatih mereka dari generasi pertama kerana koperasi ini kebanyakannya terdiri daripada orang lama dan tanpa disedari tiada barisan pelapis terlatih disediakan,” kata pada sidang media, di sini, hari ini.

Jelasnya, perkara tersebut membimbangkan kerana walaupun IKMa telah menjalankan tugas dalam sektor latihan selama 65 tahun, tiada pelapis disediakan dan ia akan melumpuhkan dan menjejaskan industri ini pada masa akan datang.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak