Mangsa patah kaki, kereta bertembung di Jalan Selirik, Kapit

KAPIT: Seorang mangsa patah kaki selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan duah buah kereta di Taman Ixora, Jalan Selirik di sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kemalangan dilaporkan kira-kira 11.18 malam membabitkan sebuah kereta Proton Exora dan Proton Saga.

Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit bergegas ke lokasi kejadian.

“Terdapat seorang mangsa, penumpang di dalam kereta Proton Saga mengalami kecederaan patah pada kaki kanan.

“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa dan seterusnya memberi rawatan awal sebelum di hantar ke Hospital Kapit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, dua lagi mangsa yang terbabit dalam kemalangan tidak mengalami kecederaan yang serius.

Tambahnya, setelah keadaan terkawal dan selamat pasukan bomba berangkat balik ke balai dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.41 malam.

RAWATAN… Mangsa dibawa ke Hospital Kapit untuk menerima rawatan.

Suara Sarawak