Mendiang Masing selamat dikebumikan

BAU: Mendiang Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Masing selamat dikebumikan di Taman Peringatan Nirvana, Bau, sebentar tadi.

Hujan renyai-renyai menambahkan suasana hiba upacara yang dihadiri oleh ahli keluarga, sahabat handai serta para pemimpin negeri yang mengenakan pakaian hitam dan putih.

Kesedihan orang ramai yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir dapat dilihat dengan jelas.

Kenderaan jenazah yang membawa mendiang sampai ke tapak pengebumian tepat jam 2 petang dan turut diiringi oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Majlis dimulakan sejurus ketibaan mendiang dengan dimulakan dengan sedikit ucapan daripada Paderi sebelum memulakan pengebumian.

Upacara sembahyang dan bacaan doa turut dibacakan selama sekitar 30 minit dan berakhir dengan upacara menabur bunga oleh orang ramai yang hadir.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak