MM2H Sarawak kekal dengan syarat lama

KUCHING: Kerajaan Sarawak memutuskan untuk mengekalkan syarat-syarat sedia ada yang termaktub dalam Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) seperti sebelum ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Kesenian Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak tidak akan mengikut beberapa penambahan dan syarat baharu seperti mana yang dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia.

“Mereka (MM2H di Semenanjung) telah membuat beberapa perubahan drastik dalam permohonan rayuan bagi mana-mana mereka yang mahu menyertai program tersebut.

“Namun, Sarawak masih kekal pada prosedur lama termasuk kos pembayaran bagi perkara berkaitan masih kekal pada jumlah yang lama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabat Sin Chew Daily selepas merasmikan pelancaran program jelajah ‘Hidden Gems Borneo Sarawak’, pagi tadi.

Karim mengakui dengan mengekalkan syarat-syarat tersebut dapat memberi peluang kepada peserta baharu atau lama program MM2H untuk memilih Sarawak sebagai lokasi lanjutan program pada masa akan datang.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak