Padah curi besi

KUCHING: Gara-gara mencuri beberapa batang besi di sebuah syarikat penghantaran barang, seorang pekerja kilang didenda RM4,000 dan penjara enam hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mohamad Asrul Jumali, 32, merupakan pekerja di syarikat berkenaan mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mahkamah juga memutuskan bahawa tertuduh akan dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri beberapa batang besi milik sebuah syarikat kilang penghantaran barang yang terletak di pusat perindustrian Muara Tebas, Demak Laut, kira-kira jam 11.49 pagi, 20 November lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak